Advertisement
Advertisement
DessertFoodNewsViral

Ais Loli Berbentuk Pisang Yang Boleh Dikupas Kini Kembali Di Malaysia Dan Banyak Yang Sangat Teruja!

Antara perkara yang masih menyatukan kita dalam situasi gawat seperti kini adalah cinta kita pada aiskrim yang tidak boleh dibelah bahagi. Tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun, kita masih akan mengidamkannya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan dimana semua ahli keluarga berkumpul didalam satu rumah;  manisan yang sejuk dan menyegarkan pastinya menjadi snek terbaik. Hari ini, kita telah dihujani dengan berita bahawa ais loli lagenda yang digemari ramai akhirnya kembali semula di Malaysia.

Advertisement

Ais Loli Yang Boleh Dikupas Seperti Pisang Sebenar Dari Nestlé Ice Cream Kini Kembali

Lihatlah! Ais Loli berbentuk pisang pertama yang boleh dikupas kini kembali dan pastinya kita semua sangat teruja dengan berita ni. Ais Loli yang boleh dikupas sama seperti buahnya? Saya nak! Tapi, jangan tertipu dengan luarannya kerana rasanya akan buat anda kagum. Kulitnya diperbuat daripada jeli berperisa anggur dan apabila dikupas, anda akan bertemu dengan aiskrim vanila yang smooth dan sedap sekali!

pinkfong split
Gambar: Photo: @meyeateryjourney (Facebook) | @okazaki_707 (Instagram)

Serius! Ini mungkin satu-satunya masa dimana anda boleh makan sambil bermain dengan makanan! Terkini, Ais loli seperti Pisang ini telah dilancarkan di Taiwan dan banyak pengguna sudah kongsikan pelbagai cara untuk kupaskan jeli ais loli ini. Adakah anda perlu gunakan tangan? Tak perlu, anda hanya perlu “Gigit, Kupas, Makan” untuk menikmatinya! Gigit lapisan luarnya yang berperisa anggur, kupas, kemudian nikmati selebihnya seperti anda sedang menikmati seulas pisang. Cumanya kali ini anda boleh makan dengan kulitnya sekali.

pinkfong split
Gambar: @meyeateryjourney (Facebook)

Tak sabar nak rasa? Menurut netizen, ais loli ini boleh didapati di mana-mana kedai runcit yang berdekatan dengan anda. Tetapi, memandangkan kita masih lagi dalam PKPB, lebih baik anda memesan ais loli ini untuk dihantar terus ke rumah anda! Senang je, anda hanya perlu carikan pengedar yang berdekatan dengan anda, melalui pautan ini: https://bit.ly/NIChomedelivery, dan cari ‘Pinkfong Wonderstar Split Ice Lolly’.

Anda boleh juga tambah aiskrim kegemaran anda seperti KitKat ataupun Aiskrim OREO. Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk menunggu aiskrim tiba di rumah. Sekiranya sudah tidak boleh bersabar, anda boleh je pergi ke kedai-kedai yang berhampiran seperti 99 Speedmarts, kedai runcit and Petromart. 

nestle
Gambar: @NestleIceCreamMY (Facebook)

Rupanya, ais loli berbentuk pisang yang boleh dikupas ini sudah lama muncul beberapa tahun yang lalu. ‘tweet’ ini telahpun menggegarkan Twitter dan dibanjiri dengan komen dari netizen yang merindui ais loli nostalgia tersebut. Kini ais loli yang diminati sudah kembali, tunggu apa lagi? Dapatkannya sekarang untuk diri sendiri, rakan-rakan dan ahli keluarga.

Dapatkan Ais Loli Berbentuk Pisang Yang Boleh Dikupas Sekarang & Nikmatinya Bersama Keluarga Tersayang!

Dapatkan ais loli yang unik hari ini! Pinkfong Wonderstar Split Ice Loli dari Nestlé Ice Cream bukan sahaja diciptakan untuk kanak-kanak tetapi untuk semua orang disetiap peringkat usia. Bila cuaca panas tak menentu, memang menyegarkan dan sedap untuk menikmati ais loli ini. Dapatkannya sekarang dan kongsi dengan kami dimana anda dapatkan ais loli anda!

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button