Apa khabar Foodies? Dengan MCO 2.0 yang berlanjutan dan perayaan Tahun Baru Cina yang dah dekat, nak cari bahan-bahan untuk jamuan makan malam tahunan tu mesti susah. Tapi jangan risau, sebab sekarang semua barang keperluan dapur boleh dihantar terus ke rumah anda melalui FoodPanda Shop. Tak perlulah susah-susah berasak diluar dah.
EB Frozen Food x Foodpanda Shop
Wah! Nampaknya sekarang ni senanglah nak cari produk dari EB Frozen Food! EB Frozen Food Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menghasilkan surimi dan produk yang berasaskan makanan laut. Dengan pengalaman selama 25 tahun didalam industri pembuatan makan, EB telah melancarkan 6 produk bersiri yang mementingkan kesihatan dan kemudahan disamping kualiti yang terjamin.
6 Siri Tersebut Adalah;
1.Oceanic
2. Hotpot
3. Western
4. Japanese
5. Dim Sum
6. Finger Food
Tapi, sudah tentulah anda boleh jumpa bermacam-macam jenis produk didalam setiap siri. Produk untuk mereka yang vegan pun ada! Yang menariknya, setiap bahan-bahan ini boleh didapati dengan mudah dan dihantar terus ke pintu rumah kita. Senanglah nak masak bila terdesak, ye dok?
Begini Caranya Untuk “Order”
Semua urusan akan menjadi lebih mudah apabila anda memuat turun FoodPanda didalam telefon pintar. Ikut sahaja 4 langkah yang mudah ini dan barang-barang anda akan sampai di rumah dalam sekelip mata!
- Buka aplikasi FoodPanda atau Google Search https://www.foodpanda.my/ dan masukkan lokasi anda.
- Klik “Shop” dan taip “EB FROZEN FOOD”.
- Masukkan produk EB yand anda gemari kedalam cart dan bayar.
- Tunggu sekejap dan barang-barang anda akan sampai terus ke pintu rumah.
Sediakan Jamuan Dengan Mudah
Tuudiaa.. Banyaknya bahan yang menarik untuk dipilih! Senang lah kalau nak sediakan jamuan makan malam nanti. Buatlah hotpot ke, tomyam ke, bakar-bakar ke, mesti meriah dengan adanya bahan-bahan yang pelbagai ni! Tapi jangan lupa ya kawan-kawan, daripada membahayakan keselamatan diri dan keluarga, lebih mudah dan selamat untuk kita order keperluan kita melalui FoodPanda Shop sahaja. Kekal selamat dan order je terus!
Pautan: Facebook | FoodPanda Shop