Hi semua! Nampaknya Ramadan kali ini tidaklah macam tahun-tahun yang lalu. Apatah lagi dengan tiada Bazar Ramadan yang biasanya menjadi destinasi untuk kita memburu juadah berbuka puasa. Walau bagaimanapun, risiko untuk dijangkiti virus COVID-19 masih lagi di tahap yang membimbangkan. Oleh itu, lebih baik kita kekal berwaspada dan patuhi arahan PKP atau PKPB sehinggalah keadaan 100% selamat.
Tetapi, tempoh berkurung ini tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk anda terus menikmati juadah kegemaran berbuka puasa anda di bulan Ramadan yang mulia ini.
Anda boleh terus menggunakan aplikasi Grab untuk mencari juadah nostalgik seperti Ayam Percik, Murtabak dan Roti John. Dengan ini, kita dapat juga sedikit sebanyak membantu kedai makan dan peniaga-peniaga kecil pada bulan yang penuh berkat ini. #KitaJagaKita
Kini rakyat jelata di Penang boleh memilih juadah Ramadan kegemaran mereka daripada lebih 200 rakan niaga GrabFood dan penghantaran terus ke rumah. Grab juga telah berkolaborasi dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk mendigitasikan peniaga bazar tempatan, supaya anda yang berada di Seberang Perai dapat memesan juadah bazar sambil menyokong saudara dan saudari bazar Ramadan kita! Tidak pasti di mana hendak bermula? Berikut adalah beberapa pilihan yang mesti anda pertimbangkan.
Juadah Ramadan Favourites di GrabFood ini amat menarik kerana gerai-gerai kecil juga turut mempelbagaikan variasi pilihan makanan di aplikasi tersebut. Jadi, anda tidak perlu risau kerana makanan kegemaran anda pasti akan tersenarai. Berikut adalah beberapa pilihan yang mesti anda cuba!
“Ramadan Favourites” Akan Mewarnai Iftar Anda Dengan Juadah Terus Dari Bazar.
1. D’Sevan Cafe (hanya di Seberang Perai)
Antara minuman menarik yang disediakan oleh D’Sevan Cafe ini termasuklah Laicikang, Jagung Cincau, Cendol dan Jus Tembikai. Minuman yang dihasilkan segar mengikut kehendak pelanggan pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk berbuka puasa. Kebiasaannya kita beli air seperti ini di Bazar Ramadan yang dijual oleh peniaga-peniaga di dalam balang. Tapi anda jangan risau kerana kita masih boleh menikmatinya dengan memesan dari GrabFood.
2. Zammas Xpress (hanya di Seberang Perai)
Nasi Arab? Nasi Briyani? Mana nak dapat?. Klik saja “Ramadan Favourites” pada aplikasi GrabFood dan anda pasti akan menemukan Zammas Xpress. Gerai ini menyediakan menu seperti Nasi Arab, Nasi Briyani serta pelbagai pilihan lauk yang berbeza disamping Ayam Madu dan Sup Kambing.
Selain itu, Zammas Xpress juga menyediakan beberapa kuih seperti Nona Manis dan Seri Ayu Tembikai. Kuih – muih merupakan pembuka selera setiap kali waktu berbuka. Tak kurang juga, boleh dijadikan sebagai menu moreh selepas kita terawih bersama keluarga.
Nikmati Lebih Banyak Pilihan Berbuka Dengan restoran-restoran di GrabFood
3. Deen Maju
Nindia! Nasi Kandaq, bak kata orang Penang lepas makan mesti tersandaq. Penduduk Pulau Pinang pasti tidak boleh lari dari makanan mamak. Tidak kiralah di mana juga kita berhijrah, pastinya hidangan daripada restoran mamak jugalah yang dicari. Apatah lagi dengan nasi kandar yang dibanjiri kuah campur.
Restoran Deen Maju amatlah terkenal dengan Ayam Goreng Berempah mereka. Jika bukan kerana PKP, sudah pasti ramai pelanggan yang akan beratur di kaunter untuk membelinya. Bagi peminat tegar Nasi Kandar, sabar ye, GrabFood boleh hantar terus ke rumah.
4. SA Kenari
Makanan Thai tidak lagi sukar untuk didapati dengan adanya aplikasi GrabFood, Anda boleh pilih di antara Sirap, Oren dan Limau Ais sebagai minuman disamping set menu utama yang diiringi kuah Tomyam seperti, Nasi Sotong Pedas, Nasi Ayam Pedas dan Nasi Ayam Gajus.
5. Tunas Bistro
Tunas Bistro menyediakan pelbagai juadah berbuka dari Sup Tulang hingga Nasi Briyani Ayam. Antara variasi hidangan yang anda boleh pesan adalah Nasi Lemak Ikan Bilis, Chicken Burger Combo, Mee Goreng, Nasi Goreng Pattaya, Sup Tulang dan Nasi Briyani Ayam. Fuh, 6 menu yang berbeza boleh dinikmati bersama ahli keluarga. Sesuai juga dengan mereka yang sudah bosan berbuka dengan nasi, Tunas Bistro juga ada menyediakan makanan Barat.
6. Hadi Char Koay Teow
Juadah kali ini pasti akan membuatkan anda terliur. Gerai Hadi CKT pakar dalam menyediakan hidangan Char Koay Teow dan Koay Teow. Dengan saiz udang yang besar dan kerang yang banyak dalam satu bungkusan anda pasti akan mencubanya semula. Tidak perlu lagi bersusah-susahan untuk beratur, kini anda boleh pesan sahaja melalui GrabFood.
Kekal Berada Di Rumah dan Berikan Sepenuh Kepercayaan Anda Kepada GrabFood Riders Untuk Membawa Juadah Berbuka Anda Dengan Selamat
“Riders” A.K.A abang GrabFood yang pada waktu ini nyata sedang bertungkus-lumus berkejar ke sana ke mari untuk memuaskan hati kita sebagai pelanggan. Jangan risau, segala menu yang kita inginkan pasti tersenarai di dalam “Ramadan Favourites”. Cara-cara untuk menggunakan GrabFood adalah sangat mudah! Tetapi anda haruslah memuat turun dahulu Aplikasi Grab disini.
Jangan lupa untuk buat pesanan GrabFood anda sebelum jam 5pm untuk mengelak rush hour yang mungkin akan melambatkan penghantaran makanan anda. Bila anda buat pesanan awal, anda memberi peluang pada riders kita untuk pulang ke rumah masing-masing untuk berbuka puasa.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut bagaimana nak order Ramadan Favourites, Tekan disini. Selain itu, bagi memastikan keselamatan antara rider dan juga pelanggan terjaga, GrabFood Malaysia turut memperkenalkan kaedah penghantaran secara tanpa sentuhan. Pendek kata, ini juga adalah salah satu cara untuk mengurangkan penyebaran virus. Antara kaedahnya adalah:
- Memberitahu rider melalui fungsi ‘GrabChat’ bahawa anda memilih untuk menggunakan kaedah penghantaran “contactless” ataupun tanpa sentuhan.
- Tidak lupa juga, bila telah menerima bungkusan makanan, ingatlah untuk menyimpan makanan anda di dalam peti ais dan panaskan makanan tersebut dengan betul sebelum anda menikmatinya!
Maka dengan ini, kami berharap agar anda mematuhi arahan PKP dengan sebaiknya dan dapat menikmati Ramadan yang penuh berkat disamping keluarga tersayang. Selamat berbuka!
#DekatkanYangJauhDenganGrab #RideItOutBersama #KitaJagaKita #GrabMY #GrabFoodMY #GrabRayaDeals