Food

Sandwic Aiskrim LA CREMERIA Ini Adalah Pemanis Mulut Yang Paling Sempurna Dinikmati Di Pagi Raya

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan kami pasti anda semua sedang teruja menantikan kehadirannya! Bukan sahaja dilambung dengan kegembiraan malah anda juga mungkin akan terasa sedikit gugup memikirkan adakah anda cukup bersedia untuk menyambutnya.

Sudahkah anda selesai membeli-belah? Adakah anda masih mencari resepi-resepi hidangan yang sesuai untuk ahli keluarga dan para tetamu? Baiklah sebelum ada yang terkena serangan panik, kami sudahpun menyediakan satu solusi untuk anda. Bukan sahaja kami telah menemui resepi yang enak untuk dikongsi, malahan ia juga mengandungi bahan yang digemari ramai; AISKRIM!

Begini Caranya Untuk Membuat Sandwic Aiskrim LA CREMERIA

Tiada apa yang lebih baik daripada menikmati juadah raya kegemaran anda seperti rendang dan lemang. Namun hari anda akan lebih sempurna jika diakhiri dengan pemanis mulut yang sejuk dan menyegarkan. Aiskrim yang lembut dan kaya diapit diantara dua biskut ranggup dan disaluti coklat – pastinya akan menjadi pemanis mulut raya yang terhebat! Anda juga boleh mencuba resepi ini dengan perisa aiskrim LA CREMERIA yang lain seperti Summer Berries Yogurt, Mint Temptation, Hazelnut Chocolate Fantasy, Vanilla Cashew Delight dan Almond Pecan Passion.

Teruskan membaca jika anda ingin tahu bagaimana caranya untuk menyediakan snek menarik ini:

Bahan-bahan:

  • Aiskim LA CREMERIA (Dibiarkan sedikit lembut)
  • 1/2 cawan Gula
  • 3 sdm Serbuk Koko
  • 2/3 cawan Mentega atau Mentega Kacang
  • 1/2 sdm Ekstrak Vanilla
  • 1/2 cawan Badam (dicincang)
  • 1/2 cawan Oat (tidak diwajibkan)
  • 2 cawan Cip Coklat Pahit Manis
  • Hiasan pilihan anda

Langkah 1: Kisar gula dan serbuk koko terlebih dahulu. Masukkan mentega (ataupun mentega kacang) dan ektrak vanilla. Teruskan mengisar.

Langkah 2: Kemudian, masukkan badam dan oat dan kisar secukupnya.

Langkah 3: Ratakan campuran tersebut diatas baking paper. Tabur cip coklat diatasnya. Kemudian, sejukkan biskut tersebut didalam peti ais selama 30 minit.

Langkah 4: Cedok aiskrim LA CREMERIA kegemaran anda keatas baking paper. Ratakan dan masukkan semula ke bahagian sejuk beku.

Langkah 5: Sediakan mangkuk kecil untuk coklat yang dicairkan dan hiasan yang dipilih tadi.

Langkah 6: Keluarkan kedua-dua dulang tadi daripada dalam peti ais. Bahagikan biskut dan aiskrim tersebut kepada 9 bahagian. Bahagikan pula setiap biskut kepada dua.

Langkah 7: Apitkan setiap aiskrim diantara dua keping biskut. Celup sebahagian daripada aiskrim didalam coklat kemudian celup kali kedua di dalam hiasan pilihan.

Langkah 8: Susun sandwic aiskrim yang telah di celup diatas baking paper. Masukkan semula kedalam bahagian sejuk beku. Tunggu sehingga sandwic aiskrim anda mengeras. Dan siap!

Anda boleh jugak tonton video resepi penuh Sandwic Aiskrim LA CREMERIA!

Cubalah Resepi Mudah Sandwic Aiskrim LA CREMERIA Untuk Raya Tahun Ini

Meriahkan sambutan Hari Raya dengan menyediakan pemanis mulut yang sangat menyelerakan ini dirumah anda. Walaupun Raya kali ini sedikit berbeza, tetapi masih ada satu perkara yang kekal sama – cinta kita pada aiskrim yang enak dan lemak berkrim! Gantunglah tirai baru dan nikmati aiskrim LA CREMERIA kegemaran anda di hari kemenangan kita nanti. Pastinya aiskrim ini akan menceriakan suasana dirumah anda. Ini sahaja dari kami hari ini. Kekalkan keselamatan diri dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dari kami!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close