Advertisement
Advertisement
Recipes

Tingkatkan Kesedapan “Dalgona” Dengan Mencuba Resipi “Dalgona Affogato”

Hi, pencinta makanan! Perintah kawalan pergerakan ini pasti telah membuat kamu semua bosan di rumah kan? Jadi kami ingin kongsi dengan anda semua untuk mencuba resipi baru yang kini viral di media sosial yang diberi nama “Dalgona Coffee”! Tapi kali ini, terdapat sedikit kelainan dalam resipi, iaitu penggunaan AIS-KRIM! Kopi dan ais krim? Jadi tanpa membuang masa jom la cuba!

Advertisement

Hanya Guna Tiga Bahan Tapi Sedap Setanding Kopi Terkenal

Photo: @kl.foodie

Gabungan sempurna, kopi + ais krim = affogato. Kopi Itali ini merupakan pencuci mulut bagi mereka dan sangat senang untuk membuatnya. Ia juga boleh menjadi salah satu perkara yang baru untuk anda membuat eksperimen semasa waktu perintah kawalan pergerakan ini. Chop chop! Adakah anda masih merasa bosan? Apa kata anda sertai trend yang sedang viral dekat sosial media terutamanya aplikasi Instagram dan Tik Tok iaitu dengan cara upload gambar atau video anda buat kopi tersebut dengan Hashtag #dalgonaffogatochallenge

Tada! Ini Adalah Bahan Yang Anda Perlu Ada Untuk Buat Dalgona Affogato

Dalgona Affogato ini menjadi tular adalah kerana bahan-bahan serta cara pembuatan minuman ini sangat ringkas dan mudah. Bahan yang digunakan juga mudah didapati di rumah. Berikut adalah apa yang anda perlukan: serbuk kopi segera (Nescafe), gula putih, air panas dan sudah tentu, Nestlé Vanilla Ice Cream yang menjadi kelainannya. Resipi ini sangat mudah dan sedap kerana ia menggunakan vanilla ais krim sebagai kelainan. Adakah anda teruja? Kami cabar anda membuat secawan Dalgona Affogato!

Bahan-Bahan:

  • 2 sudu besar serbuk Nescafe
  • 2 sedu besar gula putih
  • 2 sudu besar air panas
  • 3-4 sudu Nestlé Vanilla ais-krim

Cara 1: Campurkan serbuk kopi, gula dan air panas ke dalam bekas mangkuk

Photo: @kl.foodie

Cara 2: Menggunakan pemukul tangan atau elektrik, kacau sehingga tekstur menjadi pekat dan perang keemasan

Cara 3: Ambil 3-4 sudu vanilla ais-krim dan masukkan ke dalam gelas dan akhiri dengan campuran kopi dalgona

Advertisement
Photo: @kl.foodie
Photo: @kl.foodie
Photo: @kl.foodie

Jom Cuba Resipi Terbaru Dalgona Affogato Dengan Campuran Vanilla Ais-Krim untuk lebih Kelainan

Resipi ini telah menjadi trend oleh pengguna Tik Tok yang hampir semua orang telah cuba membuatnya. Ini kerana proses membuatnya sangatlah mudah dan bahan yang digunakan senang didapati di rumah. Pasti enak jika diminum pada waktu-waktu panas ini. Tidak peliklah jika anda ingin cuba membuatnya lagi! Klik disini untuk resipi Dalgona yang lain. Jikalau anda rasa anda tidak boleh “move on” dengan Dalgona Affogato vanilla ais-krim ini, jangan berhenti untuk terus bereksperimen! Kami mencabar anda untuk cuba resipi ini dan jangan lupa untuk mengambil gambar atau video dan hashtag #dalgonaffogatochallenge, #dalgonaffogato, #nestleicecream, dan #stayathome untuk menjadikan ia tular di sosial media! Kami pun dah tak sabar nak buat lagi dan lagi. Sehingga berjumpa lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button