Advertisement
Advertisement
Food

8 Promosi Buka Puasa Yang Paling Berbaloi Untuk Seisi Keluarga Di IPC Shopping Center

Ramadan tiba! Ramadan tiba!

Tak ada satupun perkara yang lebih membahagiakan daripada berbuka puasa bersama ahli keluarga tersayang di bulan Ramadan. Apatah lagi bila semua ahli keluarga dapat berkumpul, mestilah anda nak berikan mereka layanan yang terbaik. Daripada itu, apa kata anda bawa mereka ke pusat membeli belah IPC? Kerana sekarang ini, macam-macam jenis promosi buka puasa yang boleh didapati disana. Jom terjah!

Advertisement

8 Restoran Menarik Di IPC Yang Menyediakan Promosi Iftar Sesuai Untuk Seisi Keluarga

1. Jom Laksa

ipc ramadan
Gambar: @JomLaksa (Facebook)

Juga dikenali sebagai pakar Asam Laksa, Jom Laksa adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang gemarkan makanan dengan rasa yang kaw ketika iftar. Bermula daripada sekarang sehinggalah 15 Mei 2021, anda boleh dapatkan set dulang Ikan Joget & Sotong dengan hanya RM39.90.

Set ini sesuai untuk 3 orang kerana setiap set didatangi dengan; 1 Ikan Joget, 1 Sotong Berapi, 3 Nasi Kunyit, dan 3 Lemondate. Promosi yang memuaskan hati ini hanya boleh didapati di Jom Laksa cawangan IPC Shopping Centre.

Pautan: Facebook

2. theQueen@Shanghai Night (Halal)

ipc ramadan
Gambar: @thequeen (Facebook)

Berita yang baik untuk mereka yang meminati Juadah Cina! Kini anda boleh menikmati dim sum yang halal dan juadah Cina yang asli di theQueen@Shanghai Night. Lebih-lebih lagi kerana sekarang, cafe ini sedang mengeluarkan promosi Ramadan yang sangat sesuai untuk 6-8 orang. Dengan harga RM390, anda boleh dapat; 15 bakul dim sum, 1 ikan siakap, 1 itik panggang, 1 sayur, 1 mi daging atau ayam goreng tumis (dengan pilihan sup makanan laut/ bubur). Gila tak gila? Tapi, set ini tidak termasuk dengan air.

ipc ramadan
Gambar: @thequeen (Facebook)

Sementara itu theQueen@Shanghai Night juga menawarkan promosi lain seperti yang anda boleh lihat di bawah!

ipc ramadan
Gambar: @thequeen (Facebook)

Advertisement
ipc ramadan
Gambar: @thequeen (Facebook)

Pautan: Facebook

3. Bucket B

ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie

Bucket B Cafe adalah sebuah cafe yang mesra kanak-kanak dimana ibubapa boleh menikmati makanan kegemaran mereka dengan tenang semasa anak selamat bermain. Untuk Ramadan, sesuai sangatlah kalau anda ambil Bucket B Family Meals. Didalam set ini, anda akan dapat; 1 ekor Ayam Perchik atau Bucket B Signature Roasted Chicken, 4 Nasi Tomato, 4 soup of the day, 4 minuman, 1 pinggan buah-buahan dan kurma.

Set ni memang padan benar untuk 4 orang dan harganya cumalah RM69.90. Memandangkan kanak-kanak akan menjadi lebih aktif selepas berbuka, elok sangatlah kalau para ibubapa nak lepak disini.

Advertisement
ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie

Pautan: Facebook

4. Uncle Lim’s Cafe

ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie
ipc ramadan
Gambar: @Unclelims (Facebook)

Kepada mereka yang sukakan suasana Kopitiam, cubalah bebuka puasa di Uncle Lim’s Cafe! Makanan-makanan disini sudah pasti akan mengembalikan nostalgia kepada anda dan keluarga. Kini, kafe ini sedang menawarkan 4 promosi Buka Puasa Ramadan dengan harga diantara RM18-RM19.

ipc ramadan
Gambar: @Unclelims (Facebook)

Buka Puasa Ramadan Set 1

Advertisement
 ipc ramadan
Gambar: @Unclelims (Facebook)
  • KueyTeow Sup
  • Minuman (Sirap Selasih / Sirap Bandung)
  • Manisan (Bubur Kacang Merah / Pulut Hitam)
  • Buah Kurma

Buka Puasa Ramadan Set 2

ipc ramadan
Gambar: @Unclelims (Facebook)
  • Mee Kari
  • Minuman (Sirap Selasih / Sirap Bandung)
  • Manisan (Bubur Kacang Merah / Pulut Hitam)
  • Buah Kurma

Buka Puasa Ramadan Set 3

ipc ramadan
Gambar: @Unclelims (Facebook)
  • Uncle Lim’s Laksa
  • Minuman (Sirap Selasih / Sirap Bandung)
  • Manisan (Bubur kacang Merah / Pulut Hitam)
  • Buah Kurma

Buka Puasa Ramadan Set 4

ipc ramadan
Gambar: @Unclelims (Facebook)
  • Nasi Lemak Ayam
  • Minuman (Sirap Selasih / Sirap Bandung)
  • Manisan (Bubur Kacang Merah / Pulut Hitam)
  • Buah Kurma

Pautan: Facebook

5. Absolute Thai

ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie
ipc ramadan
Gambar: @absolutethai (Facebook)

Menawarkan pelbagai juadah Thai dengan rasa yang seimbang, anda mesti cuba Absolute Thai. Dan jangan lupa untuk bawak geng sekali sebab sekarang ini, restoran ini sedang menawarkan Get Together Set yang berharga RM218. Set ini sesuai untuk 4 orang dan hanya boleh didapati bermula 13 April – 12 Mei 2021.

Berikut adalah apa yang anda boleh dapat didalam set ini; Kurma, Air Sirap Ros, bebola ikan Thai, Signature Tom Yam Seafood Soup dan 4 hidangan utama:

  1. Ayam goreng tumis dengan sos tiram dan bawang.
  2. Tauhu telur goreng tumis dengan daging ayam kisar dan cendawan cina.
  3. Brokoli dan udang goreng tumis
  4. Telur dadar Thai

(Hidang bersama nasi kukus, manisan dan aneka buah-buahan)

ipc ramadan
Gambar: @absolutethai (Facebook)

Pautan: Facebook

6. KyoChon

ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie

Sambut Ramadan kali ini dengan kombo Ramadan eksklusif daripada KyoChon bermula 14 April – 12 Mei 2021! Bermula daripada RM54 keatas, anda boleh menikmati Ayam goreng Korea yang asli dan ranggup bersama yang tersayang semoena bulan yang mulia ini. Dengan 3 jenis kombo yang sesuai untuk 2-4 orang, promosi ini boleh didapati melalui makan di kedai, bungkus dan ambil sendiri dan juga melalui penghantaran.

ipc ramadan
Gambar: @Kyochon (Facebook)

Iftar Combo untuk 2 (RM 54)

ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie
  • 12 ketul ayam goreng (soya / merah / campur / madu)
  • Gangjeong
  • Percuma 2 Nasi Kukus
  • Percuma 2 minuman*
  • Percuma 2 sup (hanya untuk mereka yang makan di kedai)
  • Percuma set Kurma (2 biji, hanya untuk mereka yang makan di kedai)

*Pilihan minuman: Teh Lemon / Teh Markisah / Teh Hijau Mangga

Marhaban Combo untuk 2-3 orang (RM74)

ipc ramadan
Gambar: @Kyochon (Facebook)
    • 1 ekor ayam goreng (soya / merah / campur / madu)
    • 4 salsal strip
    • Percuma 2 Nasi Kukus
    • Percuma 2 minuman*
    • Percuma 2 sup (hanya untuk mereka yang makan di kedai)
    • Percuma set Kurma (2 biji, hanya untuk mereka yang makan di kedai)

*Pilihan minuman: Teh Lemon / Teh Markisah / Teh Hijau Mangga

Ramadan Combo untuk 3-4 orang (RM94)

 ipc ramadan
Gambar: @Kyochon (Facebook)
    • 1 ekor ayam goreng (soya / merah / campur / madu)
    • 8 salsal strip
    • Potato wedges
    • Percuma 3 Nasi Kukus
    • Percuma 3 minuman*
    • Percuma 3 sup (hanya untuk mereka yang makan di kedai)
    • Percuma set Kurma (3 biji, hanya untuk mereka yang makan di kedai)

*Pilihan minuman: Teh Lemon / Teh Markisah / Teh Hijau Mangga

Pautan: Facebook

7. Kluang Station

ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie
ipc ramadan
Gambar: @KluangStation (Facebook)

Sekiranya anda sedang mencari makanan berbuka yang sama seperti dirumah, pilihan yang terbaik adalah Kluang Station. Istimewa di bulan yang mulia ini, anda boleh mendapatkan pelbagai set makanan yang mirip masakan dirumah. Cubalah tengok!

IPC Ramadan
Gambar: @KluangStation (Facebook)

Couple Set (RM33.90) – Sesuai untuk 2 orang

  • Kari ayam
  • Popia Sayur
  • Kangkung Goreng Belacan
  • 2 Nasi Putih
  • 2 Minuman (pilih diantara barli atau sirap ros)
  • Sup kosong
  • Papadom
  • Pembuka selera (Keropok Udang dan kurma)

Family Set (RM67.90) – Sesuai untuk 3-4 orang

  • Kari ayam
  • Popia Sayur
  • Kangkung Goreng Belacan
  • Sate Ayam
  • Rojak Buah
  • 4 Nasi Putih
  • 4 Minuman (pilih diantara barli atau sirap ros)
  • Sup kosong
  • Papadom
  • Pembuka selera (Keropok Udang dan kurma)
ipc ramadan
Gambar: @KluangStation (Facebook)

Sementara itu, sekiranya anda melawat restoran ini daripada 6 petang – 10 malam semasa Ramadan, anda layak untuk mendapat baucar tunai dan pembuka selera daripada Kluang Station. Anda cuma perlu ‘Like’ Facebook dan Instagram mereka untuk mendapatkan baucar tunai bernilai RM5. Baucar ini boleh digunakan sepanjang bulan daripada 13 Mei – 12 Jun dengan pembelian sekurang-kurangnya RM30.

Pautan: Facebook

8. Damas Sweets

ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie
ipc ramadan
Gambar: @DamasSweets (Facebook)

Memanggil peminat makanan manis! Sekiranya anda nak hidang sesuatu yang berbeza Raya kali ini, Damas Sweets mungkin ada solusinya. Kedai ini menjual pelbagai manisan daripada Timur Tengah dan kini menawarkan pelbagai promosi Ramadan termasuklah aneka hadiah manisan.

Bermula 1 April – 30 April, anda layak untuk mendapat 5% diskaun apabila anda membeli set kotak manisan (12 ketul) dan 10% diskaun apabila anda membeli set kotak manisan (50 ketul). Setiap kotak mempunyai harga yang berbeza bermula daripada RM25 – RM350. Bergantung kepada apa yang anda beli.

ipc ramadan
Gambar: @DamasSweets (Facebook)

Tambahan pula, Damas Sweets turut menawarkan diskaun Raya bermula 1 Mei – 15 Mei 2021. Sepanjang tempoh ini, anda boleh mendapatkan 10% diskaun untuk Turkish Delight dan nougat. Yang menariknya, semua produk akan dimasak didalam mentega ghee tulen! Memberikan semua manisan ini rasa yang lemak manis.

ipc ramadan
Gambar: @DamasSweets (Facebook)
ipc ramadan
Gambar: @DamasSweets (Facebook)

Pautan: Facebook

Buka Puasa Dibawah Bintang Berkelipan

 ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie

Wow, boleh tahan hebat juga ya promosi Ramadan ni? Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk buka puasa di IPC Shopping Centre, tengok jelah Courtyard ni! Ianya adalah kawasan terbuka sesuai untuk mereka yang ingin makan-makan sambil melihat bintang. Hanya akan dibuka bermula 6 petang – 10 malam setiap hari dan terletak dibelakang Machines.

Jadi jangan lupa ya rakan-rakan, lepaklah di IPC Shopping Center untuk menikmati semua promosi Ramadan ni! Selama berbuka semuanya!

 ipc ramadan
Gambar: @HalalFoodie

Alamat: IPC Shopping Centre, No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 10AM – 10PM (Setiap hari)

Pautan: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button