Advertisement
Advertisement
Recipes

Ketahuilah Cara Membuat Truffle KITKAT Tanpa Membakarnya Dan Berpeluang Memenangi 1 Tahun Bekalan KITKAT

Sangat Mudah Anda Boleh Cuba Dirumah

Hi pencinta makanan! Sepanjang tempoh kawalan pergerakkan ini, apa resipi yang anda telah cuba? Kami telah menulis banyak resipi yang mudah dibuat, dari Nasi Goreng Kimchi hingga Milo Dalgona. Kita mempunyai dua minggu lagi sebelum berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan, dan kami di sini mahu memperkenalkan kepada anda resipi baru yang melibatkan – coklat KITKAT. Tidak percaya dengan apa yang anda dengar? Ya betul tu, resipi super mudah ini akan cair dimulut anda dengan kemanisan coklatnya yang sedap!

Advertisement

Tunggu Apa Lagi? Jom Kita Cuba Membuat Chocochino Truffle Ini Dengan Menggunakan KITKAT

Gambar: KL Foodie

Berminat untuk memenangi bekalan coklat KITKAT yang lazat selama setahun? Anda bernasib baik kerana kami mempunyai cabaran baru untuk anda – sertai Cabaran KITKAT #EasyRecipeasy Challenge dan buat secara kreatif yang boleh! Apa yang boleh anda buat dengan coklat KITKAT klasik? Sama ada membuat Chocochino Truffle seperti resipi super mudah kami di bawah, atau makanan lazat lain yang menggunakan KITKAT. Cubalah berfikir diluar kotak pemikiran anda dan bak kata orang “try and error” mana nak tahu kan mungkin resipi anda menjadi. Anda boleh Hashtag #EasyRecipeasy untuk berkongsi dengan kita semua semasa waktu kawalan pergerakkan ini.

Jadi Ini Bahan-Bahan Yang Anda Perlukan Untuk Membuat Chocochino Truffle

Gambar: KL Foodie

Bahan-bahan: 

  • 8 coklat KITKAT (16 bar) 
  • 1 cawan double thick cream  
  • 100ml Nescafé Gold 
  • 200g coklat gelap 

Langkah 1: Cincang halus 3 coklat KITKAT (6 bar) 

Langkah 2: Satukan double cream dan espresso ke dalam periuk dan reneh dengan api sederhana selama 2-3 minit 

Langkah 3: Cincang halus coklat gelap menjadi kepingan kecil

Langkah 4: Satukan kepingan coklat gelap dan campuran double cream + espresso ke dalam mangkuk, gaulkan sehingga coklat gelap cair sepenuhnya. 

Langkah 5: Masukkan kepingan KITKAT yang telah dicincang dan gaul rata. Kemudian, sejukkan selama 4 jam. 

Langkah 6: Menggunakan pengisar, kisar sedikit coklat KITKAT sehingga halus untuk dijadikan lapisan truffle.

Langkah 7: Selepas 4 jam, gulung campuran tadi menjadi bebola kecil dan biarkan. 

Advertisement

Langkah 8: Apabila hendak dihidangkan, lapisi bola truffle dengan serbuk coklat KITKAT yang dikisar tadi. 

Untuk video resipi penuh, lihat KitKat’s Recipe video here.

Gambar: Langkah (1) Cincang halus coklat KITKAT

Petua: Gunakan bar coklat gelap asli tanpa perisa tambahan

Advertisement
Gambar: Langkah (3) Cincang halus coklat gelap

Petua: Pastikan campuran double cream dan espresso cukup panas untuk mencairkan coklat gelap

Gambar: Langkah (5) Tambahkan coklat KITKAT yang dicincang dan gaul sebati

Petua: Gunakan pengisar untuk menghaluskan coklat KITKAT sehingga menjadi seperti “bread crumbs”

Gambar: Langkah (7&8) Uli adunan menjadi bebola truffle dan lapiskan ia dengan KITKAT crumbs yang dikisar tadi

Petua: Lapiskan kesemua permukaan bebola truffle itu dengan serbuk coklat KITKAT

Advertisement
Gambar: KL Foodie

Jadi, tidakkah resipi ini sangat mudah? Resipi super senang ini hanya memerlukan bahan yang terbaik – coklat KITKAT. Bersama dengan sedikit double cream dan espresso, ini adalah makanan ringan terbaik yang akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Tunggu apa lagi? Dapatkan beberapa bar KITKAT semasa anda pergi membeli-belah untuk membeli barang dapur dan jangan lupa buat Chocochino Truffle ini.

Sertailah Cabaran KITKAT #EasyRecipeasy Dan Berpeluang Menangi Bekalan KITKAT Untuk Setahun

Seperti yang kita tahu, makan KITKAT adalah keseronokan bagi anda semua. Tetapi, tahukah bahawa anda boleh membuat begitu banyak resipi berbeza dengannya? Lihat video Instagram di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabarannya. Sekiranya anda berminat untuk bereksperimen dengan resipi yang berbeza, lihat senarai main YouTube ini yang mempunyai banyak resipi coklat KITKAT lazat yang akan menjadikan anda penikmat KITKAT! Untuk terma dan syarat, baca di sini.

Seperti Tagline KITKAT “Have A Break Have A KITKAT” Selamat Menikmati KITKAT Chocochino Truffle Ini Dengan Segelas Susu Untuk Masa Santai Di Waktu Petang

Gambar: KL Foodie

Kami mencabar anda untuk mencuba Cabaran KITKAT #EasyRecipeasy hari ini! Dan, jangan lupa tag @KITKATMalaysia di Facebook dan Instagram apabila anda berkongsi resipi dengan kami. Kami di sini untuk membantu anda mengisi masa lapang semasa waktu perintah kawalan pergerakkan ini. Kami ingin anda menikmati hari yang sempurna walaupun tinggal di rumah. Jadi, kekal berada di rumah dan sentiasa jaga kebersihan supaya kita dapat mengakhiri dilema Covid-19 ini. Selamat tinggal! Sehingga ketemu di lain resipi. Tata!

Baca: Inilah Cara Memesan Ais Krim Nestlé Secara Online & Dihantar Terus Ke Pintu Rumah Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button