Advertisement
Advertisement
FoodRecipes

Raikan Musim Cuti Anda Dengan Mencuba Resepi-Resepi Mudah Menggunakan Bijirin Sarapan Penuh Nestlé Fitnesse

Hai Foodies! Musim cuti sudahpun tiba dan semestinya kita sangat teruja untuk menyambut perayaan ini dengan pelbagai hadiah dan manisan yang lazat. Eh? Tak habis lagi membakar kuih? Tak apa, mari sini kami nak kongsi Plan B yang sesuai untuk anda gunakan pada waktu-waktu terdesak. Disini terdapat 2 resepi manisan yang mudah dan sedap untuk disediakan menggunakan bijirin sarapan penuh Nestlé Fitness. Yang pasti, resepi ini memang diciptakan untuk mereka yang gemar makanan sihat dan baru nak berjinak dengan dunia masakan. Jom cuba!

Advertisement

Raikan Musim Cuti Anda Dengan Resepi Mudah Menggunakan Bijirin Sarapan Penuh Nestlé Fitnesse

#1 Truffle Bijirin

Truffle coklat adalah snek yang terbaik untuk dijamah pada musim cuti, tapi tahukah anda apa yang lebih menarik? Truffle bijirin yang dibuat dengan Bijirin Nestlé Fitness Honey & Almond! Sudahlah sedap, nak makan banyak pun tak rasa bersalah. Yang penting, bolehlah anda tunjukkan bakat memasak anda pada ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang datang berkunjung nanti.

*Sesuai untuk 8 hidangan

Bahan – bahan:

  • 150g Pure Maple Syrup
  • 75g Mentega Kacang Tanpa Gula
  • 1/2 sudu teh Ekstrak Vanilla
  • 1/2 sudu teh Garam
  • 3 cawan Nestlé Fitness Honey & Almond Cereal
  • 140g Dark Chocolate Chips (Dicairkan)
Cara menyediakan:

1.Lapikkan dulang anda dengan baking paper.

2. Masukkan maple syrup, mentega kacang, vanilla, garam dan bijirin kedalam pengisar dan kisar hingga sebati.

3. Gunakan scoop biskut untuk mencedok adunan.

Advertisement

4. Bulatkan setiap bahagian menggunakkan tangan sehingga terbentuk seperti bola.

Advertisement

5. Masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan selama 30 minit.

6. Keluarkan dulang daripada peti ais dan celup separuh daripada adunan kedalam coklat yang telah dicairkan.

Advertisement

7. Masukkan kedalam peti ais lagi sekali untuk mengeraskan coklat dan siap!

#2 Kek Keju Strawberi

Yang ni memang kesukaan ramai! Walaupun kek ini memerlukan lebih banyak kerja dari resepi yang pertama, tapi kek keju strawberry ni tersangatlah lazat! Tambahan lagi, resepi ni memerlukan langakah yang lebih ringkas berbanding resepi kek keju yang lain.

*Sesuai untuk 9 hidangan

Bahan – bahan:

Untuk kerak:
  • 3 cawan Bijirin Nestlé Fitness Original
  • 5 sudu mentega cair

Untuk Inti:

  • 8 oz Cream Cheese
  • 1 biji Telur 
  • ½ cawan Gula
  • ½ sudu Ekstrak Vanilla
  • ¼ cawan susu skim

Untuk Hiasan: 

  • 5 biji strawberi

Cara Menyediakan:

1. Kerak – Panaskan ketuhar dan lapikkan loyang bersaiz 8 x 8 inci dengan baking paper (supaya kerak mudah dikeluarkan)

2. Tuang bijirin Nestlé Fitness Cereal dan mentega cair kedalam pengisar dan kisar hingga sebati. Tuang dan ratakan didalam dulang.

3. Inti- Masukkan cream cheese, gula, telur, ekstrak vanilla, dan susu kedalam mangkuk dan campur sebati menggunakan hand mixer. Kemudian, tuangkan dengan rata kedalam loyang tadi.

4. Bakar adunan tersebut kedalam ketuhar yang telah dipanaskan tadi selama 30 minit dengan suhu 160°C.

5. Hiasan – Hiris strawberi hingga menjadi kepingan-kepingan tebal.

6. Setelah selesai masak, biarkan kek tadi diluar ketuhar untuk hilang habanya. Kemudian, masukkan kek tersebut kedalam peti ais untuk disejukkan selama sejam.

7. Hias kek dengan kepingan strawberi tadi dan hidang sejuk.

Macam mana kawan-kawan? Mudah je kan resepi-resepi ni? Boleh terliur dibuatnya. Kalau nak cuba, kunjungilah pasaraya terdekat dan bawa pulang sekotak bijirin sarapan penuh Nestlé Fitness untuk dimasak! Anda juga boleh olah resepi ini mengukut cita rasa anda sendiri menggunakan perisa bijirin Nestlé Fitness yang lain. Ubah je bahan-bahan ikut kreativiti sendiri.

Jangan lupa untuk kongsi hasil air tangan anda di bahagian komen dan tag geng memasak anda untuk cuba resepi ini bersama! Selamat mencuba, bye!!

Ikut laman https://www.facebook.com/nestlefitnesse.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button