Food

Bosan Ke Duduk Dirumah? Serlahkan Bakat Masterchef Anda Dengan Resepi Mudah Dari Kellogg’s Ini!

Jom masuk dapur!

Apa khabar semua? Resepi masakan nampaknya telah menjadi satu tren di media sosial pada tahun ini. Kita pun mestilah teringin nak cuba resepi yang menarik. Tapi kemahiran memasak biasa-biasa je. Takpe, di sini, Kellogg’s telah sediakan resepi mudah sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak dengan dunia masakan. Sudahlah mudah, resepi-resepi ini juga pastinya akan menepati citarasa seluruh ahli keluarga anda dirumah. Ha, tunggu apa lagi? Jom kita cuba!

4 Resepi Mudah Menggunakan Bijirin Kellogg’s

#1 Kellogg’s® Strawberry Tart / Kellogg’s® Tart Strawberi

kellogg's resepi
Gambar: @Kellogg’s

Satu jam pun tak sampai kalau nak buat manisan comel ni. Sudahlah sedap, Tart Strawberi ini juga manis untuk dipandang. Sudah pasti ianya sangat sesuai untuk menjadi tatapan media sosial anda. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari. Menariknya, bijirin corn flakes berperisa strawberi ini sebenarnya berwarna merah jambu. Eiii.. Comelnya!

Bahan-bahan

  • 4 cawan Kellogg’s® Strawberry Cornflakes
  • 80g madu
  • 30g gula aising
  • 50g metenga

Bahan-bahan Kastard

  • 1 cawan susu
  • 2 kuning telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh essen vanila

Perhiasan

  • 250 – 300g strawberi segar

Cara Penyediaan

  1. Dalam periuk besar, di atas api yang kecil, cairkan mentega, gula, dan gula aising.
  2. Tambahkan Kellogg’s® Strawberry Cornflakes dan gaul hingga sebati
  3. Mencedok campuran ke atas loyang silicon atau dilapisi kertas
  4. Bakar pada suhu 150°C untuk 15 minit
  5. Keluarkan, dan letak di atas dulang untuk sejuk

Kastard

  1. Campurkan semua bahan-bahan untuk kastard dalam periuk, dan ayakan campuran
  2. Masak campuran menggunakan api kecil sehingga berkrim
  3. Simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan
  4. Letakkan tart bakar di dalam kertas cupcake. Mencedok sos kastard ke atas tart, dan hias dengan strawberri segar

#2 Froot Loops Rainbow Bar

resepi mudah kelloggs
Gambar: @Kellogg’s

Tak dapat disangkal lagi, bijirin Froot Loops yang berwarna-warni ini sesuai untuk dijamu kepada kanak-kanak. Tetapi tahukah anda yang anda bijirin ini juga boleh bertukar menjadi bar pelangi yang enak? Kalau anda ada anak kecil yang sudah bosan duduk dirumah, resepi ini sangatlah sesuai untuk dicuba bersama. Sambil menyelam minum air lah katakan.

Bahan-bahan

  • 50g mentega
  • 220g marshmallow
  • 300g Kellogg’s® Froot Loops

Cara Penyediaan

  1. Gris dulang pembakar persegi 9×9 inci
  2. Panaskan ketuhar hingga 150°C
  3. Letakkan mentega dan marshmallow ke atas dulang pembakar, dan bakar selama 10 minit sehingga cair
  4. Masukkan Kellogg’s® Froot Loops, dan gaul dengan rata sehingga semua kepingan dilapisi dan campuran digabungkan
  5. Tuangkan ke atas dulang yang diminyak, dan menggunakan spatula silikon untuk menekan campuran hingga padat
  6. Ketepikan dulang untuk sejuk, dan potong mengikut ukuran yang dikehendaki

#3 Ayam Garing Crispy

resepi mudah kelloggs
Gambar: @Kellogg’s

Ha, yang ini boleh dibuat lauk. Kalau anda suka makanan yang ranggup, cubalah resepi Ayam Garing Crispy ni. Bukan sahaja enak, ianya juga lebih sihat dari kebanyakkan ayam goreng yang dijual dimana-mana. Mungkin cara untuk memasaknya sedikit rumit dan mengambil masa tetapi hasilnya sangat berbaloi!

Bahan-bahan

  • 500g fillet ayam segar
  • 2 sudu besar bawang putih cincang segar
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh mustard
  • 4 cawan Kellogg’s® Corn Flakes
  • 2 biji telur, pukul sedikit
  • 1 cawan tepung biasa

Cara Penyediaan

  1. Didalam mangkuk yang kecil, gaulkan bawang putih, minyak, garam, gula dan mustard.
  2. Masukkan ayam dan perasa yang telah digaul tadi kedalam mangkuk yang besar. Sapu sehingga rata.
  3. Perap ayam selama satu jam lebih.
  4. Tuang Kellogg’s® Corn Flakes kedalam dulang.
  5. Masukkan telur yang telah dipukul kedalam mangkuk.
  6. Ayak tepung kedalam mangkuk yang berlainan.
  7. Ratakan minyak keatas dulang pembakar.
  8. Gunakan penyepit untuk ambil seketul isi ayam. Salutkan dengan tepung dan goncang sedikit untuk mengurangkan tepung berlebihan. Ayam tersebut kemudiannya di salut dengan telur dan akhir sekali diletakkan ke atas Kellogg’s® Corn Flakes sehingga disalut sepenuhnya.
  9. Susun ayam yang delah disalut keatas dulang pembakar. 
  10. Bakar ayam tersebut di dalam ketuhar selama 15 – 20 minit sehingga berwarna keemasan.

#4 Honey Cluster

resepi mudah kelloggs
Gambar: @Kellogg’s

Mustahil kalau anda tidak tahu tentang resepi yang terakhir ni. Kalau waktu raya, kuih yang inilah yang selalunya habis dulu. Manis dan ranggup, kuih ini adalah sangat mudah untuk disediakan. Tambahan pula, rasanya akan bertambah lazat bila anda menggunakan Kellogg’s Honey & Nut Corn Flakes.

Gambar: @Kellogg’s resepi mudah kellogg’s

Bahan-bahan

  • 100g mentega
  • 160g madu
  • 250g Kellogg’s® Honey & Nut Corn Flakes
  • 130g kepingan badam
  • 130g biji labu

Cara Penyediaan

  1. Dalam periuk besar, cairkan mentega dan madu bersama-sama, dan kacau
  2. Masuk dan campurkan Kellogg’s® Honey & Nut Corn Flakes, biji labu, dan kepingan badam hingga digabungkan dengan baik
  3. Letakkan campuran ke atas loyang silikon, dan bakar pada suhu 180°C untuk 10 hingga 15 minit
  4. Biarkan sejuk, dan simpan dalam bekas kedap udara

Seronok kan bila tengok resepi-resepi yang mudah ni? Tak sangka kita boleh memasukkan bijirin dari Kellogg’s kedalam masakan harian. Kami sendiri pun telah cuba keempat-empat resepi ni dan semuanya sedap belaka! Kalau anda nak cuba, jgan lupa tag rakan-rakan anda di ruang komen dibawah ya. Selamat mencuba, tata!

Pautan: Facebook | Instagram

Album Resepi: https://m.facebook.com/media/set/?vanity=KelloggsMalaysia&set=a.1428644647339423

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *