Recipes

5 Resepi Minuman MILO Unik Yang Pastinya Membuatkan Kening Anda Terangkat

Tak dinafikan lagi, rakyat Malaysia semuanya membesar dengan MILO®. Untuk kebanyakkan daripada kita, kalaulah pagi tu tak dimulakan dengan minum secawan MILO, tak lengkap rasanya. Paling tidak pun, kita akan rasa rugi sangat kalau tak beratur dekat lori MILO yang hijau tu. Apa-apa pun, MILO akan sentiasa berada dekat di hati kita.

5 Resepi Air Milo Yang Unik Dan Lazat

Tahukah anda, selain daripada MILO Panas dan MILO Ais, ada banyak lagi cara lain untuk menyediakan minuman yang nostalgik ini? Disini kami telah senaraikan 5 daripadanya dan kalau anda dah kalau anda teringin nak menggubah MILO menjadi minuman yang lebih unik, teruskan membaca!

1. MILO Berry Yoghurt Smoothie

Minuman pertama yang paling mudah anda boleh cuba mestilah secawan smoothie. Tapi, bukan smoothie MILO yang biasa-biasa tau. Resepi kali ini, kita akan cuba gabungkan MILO dengan beri-beri yang segar. Nah ini caranya untuk sediakan MILO Berry Yoghurt Smoothie.

Sesuai Untuk: 1 hidangan | Waktu Penyediaan : 5 minit

Bahan-bahan:

  • 30g Serbuk MILO
  • 80g yogurt biasa rendah lemak
  • 60ml susu sejuk rendah lemak
  • 40g strawberry dan blueberry (segar atau beku)
  • Ice (mengikut citarasa sendiri)

Cara Penyediaan:

  • Tuangkan semua bahan-bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
  • Masukkan kedalam gelas dan hidang sejuk

2. MILO Peanut Butter Milkshake

Kita pernah cuba Mentega Kacang dengan Coklat, tapi pernahkah anda terfikir untuk gabungkan MILO dengan secawan Susu Kocak Mentega Kacang? Dengan hanya tiga bahan, anda boleh sediakan minuman yang gila syiok ni dengan sepantas kilat.

Sesuai Untuk: 1 hidangan | Waktu Penyediaan : 5 minit

Bahan-bahan:

  • 30g serbuk MILO
  • 80ml susu sejuk
  • 2 sdt mentega kacang (tanpa gula)
  • Sebatang daun saderi  (sebagai hiasan)

Cara Penyediaan:

  • Tuangkan semua bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
  • Hias dengan daun saderi dan hidang sejuk.

3. MILO Hot Matcha

Memanglah kita semua suka minum MILO, tapi Matcha (teh hijau) pun tak kurang enaknya. Dengan rasa dan aroma yang unik,minuman ini berupaya untuk menenangkan jiwa yang kacau. Jadi, apa salahnya jika kita gabungkan kedua-dua MILO dan Matcha untuk mencipta minuman yang paling menenangkan?

Sesuai Untuk: 1 hidangan | Waktu Penyediaan : 5 minit

Bahan-bahan:

  • 1 paket MILO Kosong
  • 150ml susu rendah lemak
  • 1/2 sdt serbuk Matcha
  • 50ml air

Cara Penyediaan:

  • Masukkan semua bahan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  • Tuang kedalam cawan dan hidangkan panas.

4. MILO Gingerbread

Resepi seterusnya memang sesuai disediakan pada Hari Krismas. Atau bila-bila saja yang anda nak kalau nak rasa ala-ala Krismas gitu.

Sesuai Untuk: 1 hidangan | Waktu Penyediaan : 5 minit

Bahan-bahan:

  • 1 paket MILO Kosong
  • 150ml susu rendah lemak
  • 1/4 sdt serbuk halia
  • 1/4 sdt serbuk allspice

Cara Penyediaan:

  • Tuangkan semua bahan kedalan periuk. Kacau dan reneh selama 3 minit.
  • Tuangkan kedalam cawan dan hidang panas.

5. MILO Turmeric Orange

Resepi terakhir ni memang lain daripada yang lain. Tapi yang pastinya, minuman ni akan buat anda terangkat dengan aroma dan rasa masam tang terhasil daripada buah oren.

Sesuai Untuk: 1 hidangan | Waktu Penyediaan : 5 minit

Bahan-bahan:

  • 1 stickpacks MILO Kosong
  • 200 ml low-fat milk
  • 1/4 tsp turmeric powder
  • Orange zest from an orange

Cara Penyediaan:

  • Tuangkan semua bahan kedalan periuk. Kacau dan reneh selama 3 minit.
  • Tuangkan kedalam cawan dan hidang panas.

Cubalah Semua Resepi Mudah Ini!

Dan itulah dia, kelima-lima resepi yang mudah untuk mencipta minuman penuh kejutan dan unik. Kalau nak cari resepi MILO yang lain, anda boleh kilk sini. Dah alang-alang tu, jangan lupa untuk kongsi dengan kawan-kawan ya!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *