Advertisement
Advertisement
Food

Begini Caranya Untuk Menyediakan Resepi Hari Raya Kegemaran Anda Menggunakan Quaker Oats

Sambutan Hari Raya pada tahun ini tidak seperti yang kita jangkakan. Ada yang terpisah jauh dengan keluarga, ada pula yang tidak dapat bertemu sanak saudara menjelang musim perayaan ini. Dan semestinya kita juga rindukan juadah-juadah hari raya kegemaran kita. Oleh itu, disini kami sediakan dua resepi Raya kegemaran ramai menggunakan Quaker Oats yang boleh disediakan bila-bila masa sahaja di rumah. Lebih-lebih lagi apabila anda sedang merindui kampung halaman ataupun untuk dijamu kepada keluarga tercinta.

Advertisement

Resepi Yang Boleh Dicuba Menggunakan Quaker Oats Untuk Santapan Anda Sekeluarga Pada Hari Raya Kali Ini:

#1 Onde-Onde Quaker Oats Cookies

Hari Raya takkan rasa sama tanpa kuih raya kegemaran kita kan? Jadi apa kata anda cuba resepi Biskut Onde-onde Quaker Oats yang menggabungkan kedua-dua resepi kegemaran ramai – onde-onde dan biskut oat! Sememangnya kudap-kudapan yang sesuai untuk seisi keluarga. Bukan setakat sedap tapi biskut yang dimasak menggunakan oat ini merupakan sumber zat besi yang baik. Sekaligus dapat meningkatkan imuniti badan kita!

Bahan-bahan:

  • 130g tepung gandum
  • 20g kelapa parut
  • 20g serbuk santan
  • 130g Quaker oatmeal segera
  • 20g bijan
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 125g mentega tanpa garam
  • 50g gula perang
  • 50g parutan gula melaka
  • 60ml minyak canola
  • 1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
  • 2 titik pewarna makanan hijau (jika perlu)
  • 150g gula Melaka (dipotong kasar)
  • Kelapa parut (sebagai hiasan)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven ke suhu 180°C terlebih dahulu. Lapik dulang pembakar dengan kertas minyak.
  2. Didalam satu mangkuk, campurkan tepung, kelapa parut, serbuk santan, Quaker Oatmeal segera, bijan, serbuk penaik dan garam sehingga sebati.
  3. Didalam mangkuk yang berbeza, pukul mentega, gula perang, gula melaka, minyak, ekstrak panda dan pewarna makanan hijau dengan menggunakan pemukul elektrik. Setelah adunan menjadi sebati dan berkrim, masukkan bahan-bahan kering dengan kelajuan yang rendah. Sedikit demi sedikit.
  4. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil dan tekan sehingga bebola itu setebal 1 inci. Hiaskan dengan taburan gula melaka dan kelapa parut.
  5. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga warnanya bertukar menjadi keperangan. Boleh dihidang ketika suam ataupun sejuk.

#2 Bubur Lambuk Oat

Advertisement

Kalau anda nak sesuatu yang mengenyangkan sekaligus mengingatkan kita tentang kampung halaman, anda boleh cuba tak lain tak bukan resepi bubur lambuk ini! Bubur lambuk dikenali sebagai makanan nostalgia kegemaran ramai, sekali rasa mesti nak lagi! Cubalah sediakan resepi yang penuh nutrisi ini pada hari raya untuk anda dan keluarga tersayang bersama Quaker Quick Cook Oatmeal!

 Bahan-bahan:

Advertisement
  • 10 sudu makan Quaker Quick Cook Oatmeal 
  • 300g beras (dibasuh dan tapis)
  • 150g ubi keledek (dipotong dadu)
  • 8 bawang (dipotong dadu)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4cm halis (dihiris halus) 
  • 50g udang kering
  • 300g daging lembu (dihiris nipis)
  • 2 liter air
  • 200g santan
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 80g daun sireh (dihiris nipis)
  • 80g daun selasih (dihiris nipis)
  • 80g daun pucuk paku  (ambil pucuk sahaja)
  • 80g selasih thai (daunnya sahaja)
  • Garam secukupnya

Hiasan:

  • 6 cili merah (dihiris)
  • 30g daun ketumbar (dihiris)
  • 50g bawang goreng

Advertisement

Cara-cara:

  1. Panaskan 4 sudu makan minyak sayur. Tumis halia, bawang, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, beras, oat, ubi keledek dan daging. Masak sehingga air mendidih dan perlahankan kepanasan. Biarkan ia reneh selama 20-25 minit. Kacau sekali sekala.
  3. Tambah santan, sos ikan, lada hitam, garam, daun sireh, pucuk paku dan selasih thai. Masak sehingga mendidij.
  4. Hiaskan bubur anda dengan daun ketumbar, cili merah dan daun bawang.

Ada Banyak Lagi Resepi Menggunakan Quaker Oats yang Anda Boleh Cuba Dirumah

Bukan ini sahaja tau, ada banyak lagi resepi yang anda boleh cuba dengan Quaker Oats. Oat adalah sumber zat besi semulajadi yang boleh membantu imuniti badan kita. Ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral menjadikan ia sumber terbaik untuk mendapatkan fiber, protein dan Beta Glucan. ‘Bijirin super’ ini boleh digunakan untuk bermacam-macam jenis juadah.Dan semestinya ianya sangat sesuai untuk digunakan pada musim perayaan ini. Jadi jangan lupa untuk cuba memasak sesuatu menggunakan Quaker Oats bermula daripada hari ini!

Daripada makanan yang berlemak savori ke jajanan manis, anda boleh pilih resepi makanan kegemaran anda daripada kad resepi mereka yang pelbagai ini. Nak buat masa raya pun boleh, pada waktu santai pun boleh. Selamat mencuba!

Pautan: Website | Facebook | Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button