Advertisement
Advertisement
Food

KITKAT Kini Mengeluarkan KITKAT Gold Edisi Terhad Dengan Perisa Yang Baharu

Hai kawan-kawan! Seperti yang kita semua tahu, KITKAT memang terkenal dengan sneknya yang beraneka perisa. Baru sahaja bulan lepas, kita dikejutkan dengan KITKAT Cheesecake dan sebelum itu juga kita dapat menikmati KITKAT Lotus Biscoff! Kali ini, KITKAT mengeluarkan satu perisa baharu yang tak kurang gahnya yang dipanggil “KITKAT Gold”.

Advertisement

KITKAT Mengeluarkan KITKAT Gold Edisi Terhad Dengan Perisa Yang Baharu:

KitKat Gold
Photo: @HalalFoodie

Seperti yang anda boleh lihat, bungkusan KITKAT Gold ni memang mewah dan berkilat macam emas! KITKAT baharu edisi terhad ini menggabungkan dua warna meriah yang saling melengkapi iaitu merah dan emas. Memang sesuailah kalau nak dibuat hadiah pada diri sendiri ataupun orang tersayang.

KitKat Gold
Photo: @HalalFoodie

Jajan yang baharu ni juga datang dengan perisa yang baharu. “Eh tapi, emas ada rasa ke?” Haha! Jangan risau, walaupun emas tak ada rasa, KITKAT Gold ini telah olah khas untuk buat anda rasa mewah. Dengan gabungan wafer rangup yang diselaputi dua lapisan coklat putih emas dan coklat susu yang halus. Yang akhirnya dipadankan dengan praline kacang yang krup krap. Memang ngam habis, sting aku yahuu!

KitKat Gold
Photo: @HalalFoodie

Selain itu, bungkusannya pun berbeza-beza corak. Yang pastinya, semua nampak menarik sangat. Dah lah cantik, harganya pun memang mampu milik. Bermula dari RM2.60, anda boleh dapatkan KITKAT Gold edisi terhad ini.

Sertai Pertandingan Menang Emas Dari KITKAT Dengan Hadiah Yang Benilai RM28,888 untuk dimenangi!

KitKat Gold

“Bungkusan emas, coklat emas, emas pun boleh dapat jugak?!” Ya betul! KITKAT juga akan mengadakan pertandingan yang tak kurang hebatnya! Anda berpeluang untuk pulang dengan hadiah-hadiah yang berjumlah RM28,888, termasuklah KITKAT 4F jongkong emas yang bernilai RM16,000 setiap satu!

KitKat Gold
Photo: @HalalFoodie

Apa yang anda perlu lakukan adalah beli mana-mana produk KITKAT sehingga lebih RM8 dalam satu resit. Kemudian, anda dikendaki untuk ambil gambar resit tersebut dan hantar melalui Whatsapp ke nombor ini; 018-228 3090, beserta nama penuh anda, nombor MYKAD dan alamat email anda (kalau ada). Mudah je kan?

KitKat Gold

Selain daripada itu, KITKAT Emas edisi terhad yang terbaru ni memang akan nampak menarik dalam mana-mana gambar. Jadi jangan takut untuk “share” di media sosial. Sementara itu, jenama coklat ini juga telah mengeluarkan 9 sticker yang anda boleh main di Instagram stories, jadi jangan lupa untuk cuba okay? Taip je “KITKAT Gold” terus boleh jumpa.

kitkat gold
Photo: @HalalFoodie

Haaa.. Kalau teringin tunggu apa lagi? Tapi ingat ya, snek ini cuma akan dijual pada waktu yang terhad sahaja. Jadi kalau anda teringin, kena buru cepat tau sebelum semuanya habis diborong orang! Jangan lupa kongsi dan sebarkan berita ni dengan kawan-kawan ya. Byeeee!!

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button